Bismillahirrahmanirrahim…
Sinergi
“Apabila semuanya dihubungkan dengan
keimanan
Maka ia akan menghasilkan sesuatu
yang luar biasa”
Aku menulis ini Ya Allah
Hanya Untuk-Mu
Hajatnya hendak mengembalikan
diri dan insan lain kepada
keimanan
Tetapi aku hanya pengusaha,
Ya Allah
Kau yang memberikan keputusan
Maka kepada-Mu aku
memohon pertolongan
Sampaikanlah apa yang aku tulis
ini
Ke dalam hatiku
Dan seluruh kehidupan insan
-seorang hamba-
(petikan dari Novel Sinergi – Karya Hilal Asyraf)
Keinginan untuk menulis telah lama ada,tetapi untuk menghadirkan rasa untuk berbuat itu memerlukan mujahadah,kerana ku tahu sesuatu perkara itu perlu dilakukan dengan komitmen bukan sekadar suka-suka. Jazakillah khairan jaza kepada akhwat-akhwat yang sentiasa memberikan motivasi untuk sama-sama menyebarkan fikrah islam kepada masyarakat. Semoga sedikit usaha ini menjadi bekal di akhirat kelak. Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu dan iman dari diriku yang lemah ini menjadi amal yang terus berlanjutan walaupun mungkin sudah dijemput Ilahi Ya Rabbi…
No comments:
Post a Comment