Bismillahirrahmanirrahim,
“Hati-hati menjaga hati, Ain”. Pesanan itu disampaikan oleh kak Nor yang sama-sama denganku mabit di rumah akhwat,. Aku memandang wajah kak Nor meminta penjelasan kerana kiraku ada maksud yang tersirat di sebalik pesanannya itu. Sambil tersenyum dia memegang tanganku dan berkata, “Hati kita ibarat teko, kalau yang diisi itu airnya teh, maka bila dituang juga air teh kan”.
Aku hanya mengiakan dengan mengangguk. Kak Nor menyambung lagi, “Jadi bila hati kita diisi dengan perkara kebaikan,maka kebaikan juga yang akan kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. Mustahil bilamana diisi hati kita dengan keburukan, yang keluarnya kebaikan atau diisi dengan kebaikan , yang dikeluarkan keburukan atau kejahatan. Ibaratnya kita isi teko tu dengan air habbatussauda,tapi bila kita tuang air dari teko tu yang keluarnya tiba-tiba air tebu”. Aku ketawa dengan kata-kata kak Nor yang terakhir itu. Walaupun berbentuk gurauan tapi ada kebenarannya.
Pesanan kak Nor itu disampaikan beberapa tahun yang lepas, waktu aku di tahun satu. Sekarang hampir 4 tahun berlalu tapi aku sentiasa mengingatinya…Pesanan yang sangat bermakna untuk orang yang baru mengenali apa itu erti tarbiyah. Konsekuensinya aku banyak meminjam buku yang berkaitan tentang hati daripada akhwat. Kata akhwat, “Kenapa,nak jadi ruhi ke?” Aku membiarkan sahaja usikan itu berlalu begitu sahaja. Niatku semoga aku dapat menjaga hatiku ini seperti yang Allah dan Rasulullah s.a.w ajarkan…
Sabtu yang lepas,tengah aku duduk-duduk membaca buku tulisan Dr. Aidh al-Qarni,tiba-tiba 1 message masuk ke inbox hanphoneku.Message dari bekas mutarabbiyahku. Selepas membaca message dari Azlin itu, aku terfikir sesuatu sebelum me’reply’ messagenya. Aku menyelak-nyelak buku di tanganku. Tepat sekali tajuk buku yang sedang dibaca dengan masalah Azlin ni. “Keajaiban & Mukjizat Cinta kepada Allah”.
Azlin bertanyakan bagaimana nak menjaga hati. Katanya susahnya mau menjaga hati. Selepas itu aku menaip message ini.
“anti maksudkan menjaga hati dari segi apa? Menjaga hati dari perasaan suka pada lelaki atau menjaga hati dari penyakit-penyakit hati?”
Dia me’reply’
“hehe, yang pertama tu,akak…susah ni mau jaga. Makin dihalang,makin kuat pulak. Dugaan betul. Bagi la tips”
“Oh,kalau mau tips tak muat ni taip dalam message. Macam ni la,akak nak online after ni. InsyaAllah kejap lagi akak emel pada anti tip-tipnya,boleh? Dalam setengah jam lagi,insyaAllah”
Selepas itu aku ke megalab. Tak de laptop tak menjadi masalah untuk on-line. Kemudahan yang disediakan di university perlu digunakan sebaik mungkin. Aku menaip emel kepada Azlin.
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, Allah masih memberi kita satu perasaan yang normal untuk merasakan sesuatu yang memang menjadi fitrah kepada setiap manusia. Keinginan untuk mempunyai seseorang untuk dicintai itu wajar, tapi bagaimana caranya itulah yang perlu kita perhatikan. Adakah mengikut syariat atau sebaliknya. Tambahan lagi dalam usia remaja ni memang perasaan itu akan semakin kuat. Indahnya Islam ini mengajarkan kita cara untuk berhadapan dengan perasaan begitu. Islam menggariskan penyelesaian untuk setiap larangan yang diperintahkan. Solusinya adalah pernikahan. Tapi ada kemudahan di situ bilamana kita tidak mampu. Solusi kepada ketidakmampuan itu adalah puasa. Maka berpuasalah jawabnya. Jika berpuasa pun tidak menyelesaikan, maka kahwinla..(“.)
Cuma kita kena perhatikan macam mana puasa kita yang dikatakan mampu untuk megawal perasaan itu. Kadang-kadang mungkin puasa kita hanya sekadar menahan diri dari tak makan dan tak minum. Jika kita benar-benar niatkan puasa itu sebagai benteng untuk menjaga keimanan kita, insyaAllah ia akan benar-benar menjadi perisai untuk kita.
Then, ni tips-tips yang akak dapat dari buku-buku yang akak baca untuk membantu bagi yang belum dapat pelepasan untuk bernikah dari parents lagi dan dalam masa yang sama tengah berusaha menjaga hati…
1. Zikrullah, insyaAllah dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang.(13:28). Tapi ada juga mengadu pada akak,dah zikir tapi sama jak. Maksudnya di sini kita belum betul-betul menghayati maksud zikir tersebut. Sebagai contoh, if kita sebut subhanallah. Apa yang kita fikir bila sebut subhanallah? Lisan kita perlu diselarikan dengan hati kita, bila disebut subhanallah,bayangkanlah betapa hebatnya kekuasaan Allah terhadap sesuatu perkara. Dan perkara ini tentunya perlukan ilmu. Sesuatu yang kita buat dengan ilmu dan kefahaman semestinya tidak sama sekiranya kita tidak mempunyai ilmu.(58:11)
2. Yang kedua, cuba timbulkan rasa takut kita pada Allah dan Rasulullah saw. Bayangkan tengah-tengah kita bermaksiat atau teringat kepada perkara yang tidak sepatutnya itu,tiba-tiba kita mati… nauzubillah. Dan bayangkanlah pulak sekiranya kita mengizinkan hati kita melakukan perkara tersebut seolah-olah kita sedang menyakitkan hati Rasulullah saw. Wajarkah begitu? Mestilah tidak,kan… insyaAllah akak yakin kita semua sedang berusaha mencintai Rasulullah saw. Jadi,usahakanlah kita melakukan perkara yang Rasulullah suka agar kita dapat menyukakan hati Nabi kita yang tercinta.
3. Sibukkan diri dengan kebaikan-kebaikan yang lain,sebagai contoh banyakkan ziarah akhwat-akhwat yang lain. Cuba taaruf dengan akhwat. Kenali sisi-sisi kebaikan setiap akhwat. Ciptakan moment terindah kita bersama-sama akhwat. Mungkin kurangnya kebersamaan kita dengan akhwat menyebabkan kita cenderung untuk teringat pada orang yang tidak layak kita ingat. Dan bila bersama akhwat pulak,isilah masa-masa bersama itu dengan perkara-perkara yang berfaedah. Belajar sama-sama,refresh hafalan…hadith dan surah-surah lazim…insyaAllah,bila banyak masa kita dihabiskan dengan orang-orang yang sedang berusaha membina diri di samping membina orang lain,insyaAllah keimanan kita akan terjaga.
Sesungguhnya kekuatan itu datangnya dari Allah. Pohonlah pertolongan kepada Allah dengan solat dan sabar.(2:153). Kadang-kadang kita diuji dengan ujian yang berat kerana Allah merindui rintihan kita. Mengadulah pada-Nya di kesyahduan waktu-waktu tahajud. Menangislah di hadapan-Nya memohon kebersihan hati kita dalam menjalani hidup yang penuh dengan ranjau dan onak ini…insyaAllah Allah tak kan sia-siakan permintaan hamba-hamba-Nya yang meminta kepada-Nya…
PUT YOUR TRUST IN ALLAH…(“,)
p/s : if nak menjaga diri dari penyakit-penyakit hati seperti sifat-sifat mazmunah yang ada dalam diri,banyakkan membaca buku tazkiyatunnafs(penyucian jiwa)…tambahkanlah ilmu di dada kerana ilmu itu cahaya,jahil itu berbahaya…
Semoga dapat membantu….doakan akak jugak…
selepas aku menghantar emel pada azlin, aku termenung sendirian memikirkan hidup ini
‘subhanallah,hidup ini penuh ranjau dan rintangan. Hanya iman dan taqwa kepada-Mu yang menjadi kekuatan untuk hati-hati ini sentiasa dalam kebaikan.alhamdulillah,jadikanlah hati-hati ini sentiasa menyedari kehambaan kepada-Mu…sesungguhnya Engkau yang memegang hati-hati ini untuk terus tegar di jalan ini. Jangan Engkau biarkan hati-hati ini bermaksiat kepada-Mu keranan natijahnya sangat besar kepada dakwah…Ya Allah,bersihkanlah hati-hati kami.’
No comments:
Post a Comment